Pergi ke kandungan

Pilihan raya umum Singapura 2025

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

← 2020 3 Mei 2025 Seterusnya →
← Parlimen Singapura ke-14

Kesemua 97 kerusi yang dipilih langsung dalam Parlimen
(dan sehingga 12 NCMP)
Terdaftar2,627,026[1]
Pengundi hadir92.47% ( 3.34pp)
  Parti pertama Parti kedua
 
Lawrence Wong 20230526.jpg
Pritam Singh Singapore 4 (cropped).jpg
Pemimpin Lawrence Wong Pritam Singh
Parti PAP WP
Kerusi pemimpin GRC Marsiling–Yew Tee GRC Aljunied
Pilihan raya
lepas
61.23%, 83 kerusi 11.22%, 10 kerusi
Kerusi yang
dimenangi
87 12[a]
Perubahan kerusi 4 2
Undian popular 1,564,770 357,763
Peratusan 65.57% 14.99%
Peralihan undi 4.34pp 3.78pp

Kawasan undi yang dipertandingkan

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Lawrence Wong
PAP

Perdana Menteri selepas pilihan raya

Lawrence Wong
PAP

Pilihan raya umum telah diadakan di Singapura pada Sabtu, 3 Mei 2025, untuk memilih kesemua 97 anggota[b] Parlimen Singapura merentasi 33 kawasan undi.[c] Pilihan raya ini merupakan yang ke-19 di Singapura sejak pilihan raya umum pertama pada 1948 dan yang ke-14 sejak kemerdekaan pada 1965. Buat kali pertama sejak pilihan raya umum 2001, Lee Hsien Loong tidak memimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) pemerintah, dengan Lawrence Wong menggantikan Lee sebagai perdana menteri pada 15 Mei 2024[2] dan sebagai setiausaha agung PAP pada 4 Disember kemudian pada tahun itu.[3] PAP telah memenangi supermajoriti kerusi dalam setiap pilihan raya sejak kemerdekaan.

Parlimen ke-14 telah dibubarkan pada 15 April 2025, dan Hari Penamaan Calon ditetapkan pada 23 April 2025.[4] Hari Pengundian akan diadakan pada 3 Mei 2025. Ini merupakan pilihan raya umum pertama sejak tahun 2011 (dan pilihan raya pertama yang dipertandingkan sejak tahun 2016) di mana Hari Pengundian diadakan pada hari Sabtu.[5]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Parti Tindakan Rakyat memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya umum 2020, yang merupakan persaingan paling sengit sejak kemerdekaan, walaupun parti itu masih memenangi semua kecuali tiga bahagian pilihan raya (dua GRC dan satu SMC). Parti itu mengekalkan GRC West Coast dalam pertarungan menentang Parti Kemajuan Singapura, dengan margin kemenangan paling kecil antara semua bahagian pilihan raya;[6][7] margin kemenangan terbesar pula dicapai di GRC Jurong yang berjiran.[8] Parti Pekerja memenangi GRC Sengkang yang baru dan mengekalkan GRC Aljunied serta SMC Hougang. Ng Chee Meng, Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Setiausaha Agung NTUC yang telah mengetuai pasukan PAP Sengkang, dianggap sebagai mangsa politik dengan profil tertinggi dalam pilihan raya tersebut.[9][10]

Sistem pilihan raya

[sunting | sunting sumber]

Di bawah Perkara 65(4) Perlembagaan Singapura, tempoh parlimen berlangsung maksimum lima tahun dari sesi pertama sebelum pembubaran automatik oleh undang-undang. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri, dengan undian kepercayaan daripada majoriti Anggota Parlimen (AP) yang hadir, boleh menasihati Presiden untuk pembubaran awal pada bila-bila masa dalam tempoh lima tahun tersebut.[11] Pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh tiga bulan selepas pembubaran.[12]

Bahagian Pilihan Raya (juga dirujuk sebagai kerusi di Parlimen) disusun dalam Kawasan Undi Perseorangan (SMC) dan Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC). Setiap SMC mengembalikan seorang AP menggunakan sistem undian undi terbanyak, manakala setiap GRC mengembalikan empat atau lima AP melalui undian blok parti. Sekurang-kurangnya seorang calon dalam GRC mesti berasal dari komuniti Melayu, India atau minoriti lain. Sekumpulan calon yang berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya di GRC mesti terdiri daripada ahli parti politik yang sama, atau sekumpulan calon bebas. Umur layak mengundi di Singapura adalah 21 tahun. Pilihan raya dijalankan oleh Jabatan Pilihan Raya (ELD), sebuah jabatan di bawah Pejabat Perdana Menteri.[13]

Parti politik

[sunting | sunting sumber]

Jadual di bawah menyenaraikan parti politik yang dipilih atau dicalonkan di Parlimen selepas pilihan raya parlimen 2020:[14][15]

Nama Ketua Undian (%) Kerusi Status
Pilihan raya lepas Bukan perwakilan Ketika bubar
Parti Tindakan Rakyat (PAP) Lawrence Wong
61.23%
83 / 93
Pemerintah
79 / 95
Parti pemerintah
Parti Pekerja (WP) Pritam Singh
11.22%
10 / 93
0 / 2
8 / 95
Pembangkang
Parti Kemajuan Singapura (PSP) Tan Cheng Bock
10.18%
0 / 93
2 / 2
2 / 95
Pembangkang
(hanya NCMP)
Kosong
6 / 95

Komposisi sebelum pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
PartySeats
Parti Tindakan Rakyat83
Parti Pekerja10
Parti Kemajuan Singapura2
AP yang dicalonkan9
Total104
Source: Parlimen Singapura

Campur tangan asing

[sunting | sunting sumber]

Pada 25 April, the Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) mengarahkan Meta Platforms untuk mengehadkan akses orang Singapura kepada hantaran media sosial oleh warganegara asing yang dinaggap sebagai campur tangan asing dalam pilihan raya. Antara yang dituduh berkempen secara tidak sah ialah rakyat Malaysia Iskandar Abdul Samad, bendahari kebangsaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS); Mohamed Sukri Omar, Ketua Pemuda PAS di Selangor; dan Zulfikar bin Mohamad Shariff, rakyat Australia yang melepaskan kewarganegaraan Singapura pada 2020. Iskandar menzahirkan sokongannya untuk AP WP Faisal Manap, manakala Sukri menghantar semula hantaran oleh Zulfikar mengkritik AP Melayu-Islam kerana gagal mewakili minat orang Islam.[16][17] Menteri Negara Kanan Zaqy Mohamad mengakui ia mungkin menjadi kebiasaan untuk mencampurkan agama dengan politik di negara lain tetapi mengingatkan ini boleh menimbulkan gangguan jika orang Singapura mengundi kerana agama.[18] Walau bagaimanapun, Iskandar menafikan tuduhan bahawa beliau mencuba mempengaruhi pilihan raya dan "menghentam" cubaan mengaikan PAS dengan WP. Beliau menyatakan hantaran tersebut "disasarkan kepada pembacanya yang kebanyakannya orang Melayu Islam di Malaysia" berbanding daripada "pembaca di Singapura".[19] Lee Hsien Loong mengemukakan perkara ini semasa jelajah mesranya di GRC Tampines pada 29 April, mengingatkan mereka bahawa kaum dan agama tidak patut bercampur dengan politik.[20]

Keputusan

[sunting | sunting sumber]

Sejak pilihan raya umum 2015, ELD mengeluarkan kiraan sampel sebelum keputusan rasmi untuk mengekang spekulasi dan mengurangkan bergantung pada sumber tidak rasmi semasa proses pengiraan.[21][22] Pada 22:55 hari pengundian, kesemua kiraan sampel untuk semua kawasan undi telah dikeluarkan, menunjukkan PAP mendahului dalam kesemua wad kecuali tiga wad yang dipegang WP iaitu Aljunied, Sengkang, dan Hougang.[23][24]

Ralat Lua pada baris 80 di package.lua: module 'Module:Political party/T' not found.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ dengan 2 kerusi NCMP.
  2. ^ Tidak termasuk Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP).
  3. ^ 15 Kawasan Undi Perseorangan (SMC) dan 18 Kawasan undi perwakilan berkumpulan (GRC).
  1. ^ Elections Department, Prime Minister's Office. (4 May 2025). POLLING DAY VOTER TURNOUT – SINGAPORE GENERAL ELECTION 2025 [Press release]. https://www.eld.gov.sg/press/2025/MR%20on%20Polling%20Day%20Voter%20Turnout%20-Singapore%20General%20Election%202025.pdf
  2. ^ Min, Chew Hui (15 April 2024). "Lee Hsien Loong to step down: From maths prodigy to Singapore's third prime minister". TODAY (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2024. Dicapai pada 17 April 2024.
  3. ^ "PAP announces new central executive committee; Lawrence Wong officially elected secretary-general". CNA (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2024. Dicapai pada 8 December 2024.
  4. ^ See, Sharon (2025-04-15). "Singapore election 2025: Parliament dissolved, Nomination Day on Apr 23; Writ of Election expected soon". The Business Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-15.
  5. ^ "Writ of Election out, Polling Day to fall on May 3". AsiaOne (dalam bahasa Inggeris). 2025-04-15. Dicapai pada 2025-04-15.
  6. ^ S, Thyaga Rajan; Lim, Min Zhang; Koh, Fabian (2 September 2020). "GE2020 official results: PAP retains West Coast GRC with 51.69% of votes against Tan Cheng Bock's PSP". The Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2020. Dicapai pada 25 April 2021.
  7. ^ Co, Cindy (11 July 2020). "GE2020: PAP wins West Coast GRC with 51.69% of votes against Tan Cheng Bock's team". Diarkibkan daripada yang asal pada 30 October 2021.
  8. ^ Baharudin, Hariz; Davie, Sandra (11 July 2020). "GE2020 official results: Tharman leads PAP to thumping win in Jurong GRC with 75 % of votes against RDU". The Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2020. Dicapai pada 25 April 2021.
  9. ^ Toh, Wen Li; Lim, Yan Liang (1 September 2020). "GE2020 official results: WP wins Sengkang GRC with 52.13% of votes, clinching its second GRC". The Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2021. Dicapai pada 25 April 2021.
  10. ^ Koh, Fabian (15 April 2025). "GE2025: Parliament dissolved ahead of General Election; Nomination Day on Apr 23". CNA. Dicapai pada 15 April 2025.
  11. ^ "Article 65 of the Constitution of the Republic of Singapore". Attorney-General's Chambers. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2022. Dicapai pada 22 April 2022.
  12. ^ "Singapore Elections Department – Parliamentary Elections". eld.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 March 2018. Dicapai pada 4 March 2018.
  13. ^ "Singapore Elections Department – About Us". eld.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 August 2017. Dicapai pada 4 March 2018.
  14. ^ "Members of Parliament". Parliament of Singapore. 12 March 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 December 2019. Dicapai pada 28 January 2025.
  15. ^ "2 NCMPs seat offered to PSP". Today Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2020. Dicapai pada 24 January 2025.
  16. ^ "Singapore orders foreigners' Facebook posts taken down under new election rules". Rappler (dalam bahasa Inggeris). 26 April 2025. Dicapai pada 5 April 2025.
  17. ^ "GE2025: Singapore identifies foreigners trying to influence elections; Meta directed to block access to Facebook posts". CNA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 April 2025.
  18. ^ "GE2025: 'Very dangerous' for foreign parties to ask Singaporeans to vote along religious lines, says Zaqy Mohamad". CNA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 April 2025.
  19. ^ "Linking PAS to WP? Accused of meddling in Singapore's polls, Iskandar says he's not even influential at home". www.malaymail.com. 27 April 2025. Dicapai pada 28 April 2025.
  20. ^ "GE2025: Race, religion should not be mixed with politics in S'pore, says SM Lee at Tampines GRC visit". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 29 April 2025. Dicapai pada 29 April 2025.
  21. ^ Goh, Yan Han (1 September 2023). "When will the sample count for presidential election be announced? How does it work?". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2023. Dicapai pada 1 September 2023.
  22. ^ Cheng, Ian; Sim, Sherlyn (3 May 2025). "GE2025: What time will the election results be out?". The Straits Times. Dicapai pada 4 May 2025.
  23. ^ Ow, Gladys (3 May 2025). "GE2025: Landslide victory for Singapore's ruling PAP in PM Wong's first electoral test". CNA. 22:55/Sample counts for all constituencies released. Dicapai pada 4 May 2025.
  24. ^ "GE2025 highlights: Election victory parades kick off across Singapore". The Straits Times. 3 May 2025. May 3, 2025/22:57/GE2025 sample count results: PAP leads in 29 constituencies. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 May 2025. Dicapai pada 4 May 2025.