Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/3 Mac
Penampilan
3 Mac: Hinamatsuri di Jepun; Hari Pembebasan di Bulgaria (1878).
- 1776 – Perang Revolusi Amerika: Samuel Nicholas (gambar) dan Tentera Marin Benua mendarat di New Providence dan menawan Nassau di Bahamas.
- 1875 – Opera Carmen gubahan Georges Bizet, berdasarkan novela oleh Prosper Mérimée, dipersembahkan buat pertama kali di Opéra-Comique, Paris.
- 1918 – Rusia Bolshevik memeterai Perjanjian Brest-Litovsk dengan Kuasa Tengah dan keluar daripada Perang Dunia Pertama.
- 1931 – The Star-Spangled Banner secara rasmi menjadi lagu kebangsaan Amerika Syarikat.
- 1958 – Nuri al-Said menjadi Perdana Menteri Iraq buat kali kelapan dan terakhir.
Hari-hari sebelum: 2 Mac – 1 Mac – 28 Februari